Surau Nurul Iman telah menganjurkan Program Budaya Al-Quran sebagai program pembukaan bagi tahun 2019. Program ini berlangsung dengan jayanya pada 14 Januari 2019 dan dihadiri oleh penduduk setempat yang hadir memberi sokongan. Objektif utama program ini adalah untuk membudayakan kehidupan seharian individu dan masyarakat dengan Al-Quran dan menghidupkan jiwa generasi muda dan tua untuk cintakan Al-Quran. Diharapkan semoga objektif ini berjaya diaplikasi oleh warga dan masyarakat Surau Nurul Iman. Bersama ini, kami kongsikan kemeriahan Program Budaya Al-Quran
Sempena bulan Ramadan tahun ini, Surau Nurul Iman telah menganjurkan Program Ihya' Ramadan. Program ini diadakan pada 25 Mei 2019 bersamaan dengan 20 Ramadan 1440 Hijrah. Sambutan yang diberikan amat memberangsangkan dari penduduk setempat demi menjayakan program ini. Antara pengisian Ihya Ramadan kali ini adalah Majlis Khatam Al-Quran bersama dengan kariah surau. Disamping itu, program ini juga dilengkapkan dengan pemberian sumbangan mengikut kategori yang ditetapkan oleh pihak surau. Pemberian sumbangan diberikan kepada warga yang fakir, golongan ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta sumbangan penghargaan bagi pelajar yang cemerlang dalam PT3 dan SPM tahun lalu. Bersama ini, kami kongsikan kemeriahan Program Ihya' Ramadan kali ini:
VISI Mesra Ibadah Mesra Jemaah MISI Memastikan Usaha Untuk Perpaduan Umat Islam Tercapai OBJEKTIF Menjadikan Pentadbiran, Pengurusan, Operasi Surau Bertaraf Lima Bintang Dan Profesional PERANAN Pemangkin Kepada Kekuatan Iman Dan Roh IslamYang Syumul KONSEP Pengurusan Melalui MBO, SWOT Dan SMART
Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., Surau Nurul Iman Sungai Gerisik 2 telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Surau 2018. Sambutan ini dijalankan pada 19 November 2018 (Isnin) bersamaan dengan 11 Rabi'ul Awal 1440H. Sambutan ini diisi dengan pengisian yang bermanfaat seperti marhaban, berzanji, bacaan sirah Baginda Rasulullah S.A.W. dan banyak lagi. Majlis kesyukuran sempena surau cemerlang Peringkat Negeri Johor juga disambut bersama dengan sambutan Maulidur Rasul ini. Bersama ini, kami kongsikan kemeriahan Sambutan Maulidur Rasul Surau Nurul Iman:
Mula dibina tahun 1957 Pewakaf: Tuan Haji Nasir Bin Karjo Berkeluasan 200x120 kaki persegi Dibina semula pada tahun 1969 dengan kos sebanyak RM 9,000.00 hasil sumbangan dari penduduk kampung yang terdiri daripada ahli kariah surau Dan dibina semula pada tahun 2015 dengan kos asas sebanyak RM 180,000.00
Comments
Post a Comment