Posts

Program Budaya Al-Quran

Image
Surau Nurul Iman telah menganjurkan Program Budaya Al-Quran sebagai program pembukaan bagi tahun 2019. Program ini berlangsung dengan jayanya pada 14 Januari 2019 dan dihadiri oleh penduduk setempat yang hadir memberi sokongan.  Objektif  utama program ini adalah untuk membudayakan kehidupan seharian individu dan masyarakat dengan Al-Quran dan menghidupkan jiwa generasi muda dan tua untuk cintakan Al-Quran. Diharapkan semoga objektif ini berjaya diaplikasi oleh warga dan masyarakat Surau Nurul Iman.  Bersama ini, kami kongsikan kemeriahan Program Budaya Al-Quran

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Surau 2018

Image
Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., Surau Nurul Iman Sungai Gerisik 2 telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Surau 2018. Sambutan ini dijalankan pada 19 November 2018 (Isnin) bersamaan dengan 11 Rabi'ul Awal 1440H.  Sambutan ini diisi dengan pengisian yang bermanfaat seperti marhaban, berzanji, bacaan sirah Baginda Rasulullah S.A.W. dan banyak lagi. Majlis kesyukuran sempena surau cemerlang Peringkat Negeri Johor juga disambut bersama dengan sambutan Maulidur Rasul ini.  Bersama ini, kami kongsikan kemeriahan Sambutan Maulidur Rasul Surau Nurul Iman:  

Anugerah Surau Cemerlang dan Sambutan Maal Hijrah

Image
Sempena Sambutan Maal Hijrah 1440, Surau Nurul Iman Sungai Gerisik 2 telah menerima Anugerah Surau Cemerlang.  Kami berbesar hati untuk kongsikan momen ini bersama anda.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018

Image
Pada 22 Jun 2018, Surau Nurul Iman telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kehadiran penduduk setempat memeriahkan lagi majlis ini walaupun disambut dengan sederhana. Kami kongsikan gambar kemeriahan sambutan ini untuk tatapan ramai.

SEJARAH PENUBUHAN

Mula dibina tahun 1957 Pewakaf: Tuan Haji Nasir Bin Karjo Berkeluasan  200x120 kaki persegi Dibina semula pada tahun 1969 dengan kos sebanyak RM 9,000.00 hasil sumbangan dari penduduk kampung yang terdiri daripada ahli kariah surau Dan dibina semula pada tahun 2015 dengan kos asas sebanyak  RM 180,000.00

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI Mesra Ibadah Mesra Jemaah MISI Memastikan Usaha Untuk Perpaduan Umat Islam Tercapai OBJEKTIF Menjadikan Pentadbiran, Pengurusan, Operasi Surau Bertaraf Lima Bintang Dan Profesional PERANAN Pemangkin Kepada Kekuatan Iman Dan Roh IslamYang Syumul KONSEP Pengurusan Melalui MBO, SWOT Dan SMART